LAPORAN SEPTEMBER 2025 – PROGRAM KHAS MERDEKA & HARI MALAYSIA @NADI
Tarikh : 7 September 2025
Masa : 09.00 Pagi – 04.00 Petang
Lokasi : NADI Balingian
Peserta : Komuniti Sekitar Balingian
Tujuan
Tujuan Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @NADI adalah menceriakan komuniti setempat dengan aktiviti santai, hiburan berunsur patriotik, dan penyertaan menyeluruh masyarakat. Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan komuniti dengan menghargai jasa pejuang kemerdekaan dan tokoh negara. Selain itu, menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia melalui aktiviti-aktiviti yang berinformasi, berbudaya dan bersifat inklusif serta mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional dengan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Ia juga dapat meningkatkan kesedaran sejarah negara agar generasi muda lebih menghargai nilai kebebasan, keharmonian dan keamanan yang dikecapi dan juga menjadikan NADI sebagai pusat rujukan komuniti yang proaktif dalam menyebarkan nilai cintakan negara melalui program bermanfaat.
Aktiviti
* Pendaftaran Ahli NADI
* Saringan Kesihatan
* Tayangan Video Sambutan Hari Kebangsaan & Wayang Pacak
* Live Bersama YB
* Gerai Usahawan
* Sesi bergambar
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
