LAPORAN OKTOBER 2025 – TAKLIMAT LANGKAH PERTAMA KEUSAHAWANAN BERSAMA SEDC KERJASAMA NADI BALINGIAN
Tarikh : 15 Oktober 2025
Masa : 09.30 Pagi – 11.00 Tengahari
Lokasi : NADI Balingian
Peserta : Usahawan sekitar Balingian
Tujuan
Langkah Pertama Keusahawanan bersama SEDC (Kerjasama NADI Balingian) adalah untuk memberi bimbingan dan panduan awal tentang langkah-langkah praktikal memulakan perniagaan termasuk penyediaan rancangan perniagaan, pengurusan kewangan, dan strategi pemasaran. Ia juga memberi pendedahan awal kepada peserta tentang konsep dan asas keusahawanan sebagai langkah pertama untuk memulakan perniagaan sendiri.
Selain itu, ia dapat meningkatkan kesedaran tentang peluang sokongan dan bantuan yang disediakan oleh SEDC (Sarawak Economic Development Corporation) dalam bidang keusahawanan serta dapat mempupuk minat dan semangat keusahawanan dalam kalangan komuniti setempat, khususnya golongan belia dan usahawan baharu di kawasan Balingian. Taklimat ini juga mewujudkan jaringan kerjasama antara peserta dengan agensi pembangunan ekonomi seperti SEDC serta NADI Balingian bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan tempatan.
Aktiviti
* Pendaftaran Peserta
* Sesi Taklimat
* Sesi bergambar
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
