Pesta Bederun 2017, Balingian
Pada 29 September 2017 yang lalu, Sekali lagi Balingian dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pesta Bederun edisi kali ke-4. Berderun bermaksud “ BERKUMPUL ” dalam bahasa melanau Balingian.Pesta kali bertemakan ” JA ULOU JA ASENG “ yang membawa maksud sehati sejiwa. Pelbagai aktiviti diadakan semasa Pesta Bederun Balingian 2017 yang berlangsung selama tiga hari bertempat di Tebingan sungai Balingian bermula 29 september hingga 1 oktober 2017.
Majlis perasmian pesta ini dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud pada 30 september 2017 (Sabtu). Pesta ini merupakan pesta dwi tahunan di Balingian dan cukup diminati penduduk tempahan. Kita berharap pesta seperti ini perlu diadakan setiap tahun untuk memperkenalkan Daerah Balingian kepada orang ramai di samping menarik pelancong dari dalam dan luar negeri.
